PENGENALAN
Hasrat menghidupkan PAMM merupakan wadah penyatuan bekas- bekas pelajar Maktab Mahmud. Pada 30 Oktober 2009 , YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak di dalam ucapannya Di Dewan Maktab Mahmud dalam Majlis Jasamu Di Kenang menyarankan agar persatuan bekas pelajar Maktab Mahmud dihidupkan semula.
Bagi merealisasikan saranan YAB maka Jawatankuasa Penaja Majlis Jasamu Dikenang telah mengadakan mesyuarat khas bagi menubuhkan persatuan ini dengan merangka perlembagaan baru yang akhirnya diluluskan oleh pejabat pendaftaran pada 23 Disember 2009.
Persatuan ini merupakan wadah penyatuan bagi seluruh bekas pelajar Maktab Mahmud Kedah yang kini telah melangkah ke alam persaraan. Ia berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan pengalaman, kepakaran, dan semangat khidmat bakti ahli untuk terus menyumbang kepada komuniti, sekolah, dan agama berlandaskan prinsip Ittihaad, Islah, dan Taqwa.