Skip to main content
All Posts By

admin

Majlis Hi Tea Bersama Murabbi Maktab Mahmud Kedah

By Uncategorized

PAMM akan menganjurkan Majlis Hi Tea Bersama Murabbi Maktab Mahmud Kedah seperti maklumat berikut:

Hari : Sabtu

Tarikh : 18 Julai 2026

Masa : 2.30 petang

Tempat : Cikoboy Wedding Cade (Berhadapan Hospital Lama Alor Setar)

Barisan Murabbi Maktab Mahmud Kedah yang hadir :

1) Ustzh Bashiroh bt Ahmad
2) Teacher Munirah bt Nawawi
3) Ustzh Nawal bt Nawawi
4) Ustzh Che Hawa bt Othman
4) Pn Siti Rokiah bt Din
4) Ustzh Miah bt Saad
4) Pn Khatijah bt Abu Ghani

Jom sama-sama kita raikan para guru yang kita muliakan. Semoga kehadiran kita pada hari ini memberikan seribu satu makna dan pengalaman yang bernilai.

JEMPUTAN : Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 Tahun 2026M |1448H

By Berita PAMM

Assalamualaykum wrt wbt dan Salam Sejahtera.

Pihak Jawatankuasa Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah (PAMM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 Tahun 2026M bersamaan 1448H dan Majlis Hi Tea Bersama Murabbi Maktab Mahmud Kedah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 JULAI 2026H bersamaan 03 SAFAR 1448H ( Sabtu )
Tempat : Cikoboy Wedding Cafe
Masa : 2.30 petang

Jom sama-sama kita hadir bagi menunjukkan sokongan dan kebersamaan kita sebagai alumni Maktab Mahmud disamping meraikan jemputan Murabbi kita.

Jumpa di sana. Siru Ala Barakatillah.

Ingatan Tulus Ikhlas & Kasih Sayang:
PERSATUAN ALUMNI MAKTAB MAHMUD KEDAH

Majlis Hi-Tea Keramat Bersama Cikgu Shuib

By Uncategorized

 

Sekitar Majlis Hi Tea Keramat Bersama Mantan Guru-Guru Maahad Mahmud Alor Setar pada 22 Mei 2026 yang lalu. Hadir bersama guru yang kami muliakan Cikgu Shuib dan mantan guru-guru yang lain sperti Ustaz Syeikh Abdullah Haron (Mantan Pengetua), Ustaz Abdullah Nasir dan ramai lagi serta disempurnakan oleh YDP PAMM, Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad.
Terima kasih kepada semua alumni era 70an dan 80an yang hadir bersama.

 

TAKBIR RAYA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD 1447H

By Berita PAMM

Raikan Aidilfitri dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Gemakan Takbir Raya sebagai tanda kebesaran Allah, manifestasi kesyukuran, serta simbol kemenangan iman. Semoga lebaran ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang berpanjangan buat kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillaahil-hamd.

Sejarah Penubuhan Maktab Mahmud

By Sejarah

Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.

Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar)

Bayaran zakat kini boleh melalui PAMM di Kedah

By Berita PAMM

ALOR SETAR, 11 Mac – Pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui Persatuan Alumni Maktab Mahmud (PAMM) yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai ejen atau amil kutipan zakat yang sah di negeri Kedah.

Jalinan kerjasama itu dijangka meningkatkan jumlah kutipan serta memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membayar zakat termasuk zakat fitrah.

Yang Dipertua Persatuan Alumni Maktab Mahmud, Datuk Dr. Zulkifly Mohamad berkata semua kutipan zakat yang dijalankan melalui persatuan itu adalah sebagai ejen sah LZNK sahaja.

Beliau berkata, segala transaksi dikendalikan terus oleh sistem rasmi LZNK termasuk penjanaan resit digital serta pengesahan melalui emel kepada pembayar.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mengaku atau menggunakan nama PAMM untuk tujuan pengutipan zakat di luar kerjasama rasmi adalah tidak sah dan menyalahi peraturan.

Katanya, pendekatan ini bagi menjamin ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan pembayar terhadap PAMM dan LZNK.

“Dia faham tanggungjawab, dia faham kewajipan yang perlu dilaksanakan, antara kewajipannya adalah zakat dan bagi yang berniaga khususnya Alumni Maktab Mahmud ini ramai juga tokoh-tokoh hebat dalam perniagaan.

“Sama ada zakat pendapatan atau perniagaan ia boleh kembalikan balik kepada LZNK melalui perantaraan kita (Alumni Maktab Mahmud) sebagai amil zakat ini.

“Pihak LZNK akan bagi kita wakalah untuk kita sebarkan(agihkan) kepada masyarakat yang memerlukan, asnaf yang memerlukanlah khususnya”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas Majlis Pelancaran Persatuan Alumni Maktab Mahmud sebagai amil kutipan zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah di Darul Maahad, Persatuan Alumni Maktab Mahmud di Jalan Pegawai, Alor Setar.

Sementara itu, Ketua Divisyen Pengurusan Ejen & Penolong Amil, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Mohd Adil Mustaffa berkata, setiap amil kutipan zakat bertanggungjawab memastikan kutipan zakat diurus dengan cekap dan agihan dilakukan secara berkesan.

“Jadi kami Lembaga Zakat Negeri Kedah menyeru kepada semua penduduk negeri Kedah secara khususnya untuk kita membayar zakat kepada ejen-ejen yang dilantik secara sah oleh LZNK.

“Pastikan bayaran tuan-tuan (dibuat) kepada ejen-ejen yang dilantik secara sah kepada LZNK”, katanya.

Katanya, sehingga kini, kira-kira 740 institusi terdiri daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), masjid, dan sekolah agama dilantik sebagai amil zakat di Kedah.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/bayaran-zakat-kini-boleh-melalui-pamm-di-kedah/